KOTA KINABALU: Seramai 105 peserta terdiri daripada anak yatim, pelajar, agensi kerajaan dan swasta menyahut cabaran Program Pendakian Gunung Kinabalu iM4U Untuk Amal dan Kerohanian 2015.
Program selama tiga hari anjuran Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Malaysia, iM4U, DRB-Hicom, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Pearl Haya Platinum dirasmikan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Armizan Mohd Ali.
Armizan berkata, program cetusan KE7B Malaysia itu mampu menyuntik pembangunan jati diri khususnya kepada generasi muda.
"Program ini saya lihat cukup bermakna bukan sahaja mempromosikan Gunung Kinabalu, tetapi sebagai perinstis kepada generasi muda untuk pembangunan jati diri.
"Jangan jadikan misi ini sekadar untuk diri sendiri tetapi kejayaan yang besar kepada negara," katanya pada majlis perasmian di Dataran Dewan Canselor UMS, di sini, sebentar tadi.
Yang turut hadir Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles; Presiden Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik Universiti Malaysia Sabah (PPUMS), Zawawi Tiyunin dan Presiden KE7B Malaysia merangkap Pengarah Projek, Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin.